Kasih (keroncong)
Kasih (keroncong)

Kasih (keroncong)

Lagu Kasih yang dipopularkan Hetty Koes Endang dalam irama keroncong itu pada asalnya dirakamkan dalam irama bosanova oleh penyanyi Ermy Kullit pada Disember 1986 kemudian Hetty merakamkan lagu itu pada 1987 selepas lagu itu meletup di pasaran. Lewat lagu ini pula Ermy dinobatkan sebagai Penyanyi Jazz Terbaik pilihan angket pembaca tabloid Monitor dan nominasi sebagai album terbaik oleh BASF Award.Richard menghasilkan lagu itu pertengahan 1986 apabila pemuzik jaz terkenal Indonesia, Ireng Maulana meminta lagu daripadanya untuk Ermy Kullit. Kebetulan ilham datang kerana ketika itu beliau meminati gadis cantik bernama Hani. Richard hanya mengambil masa tidak sampai 20 minit menghasilkan lagu itu bersama liriknya sekali kerana perasaan yang begitu mendalam kepadanya. Apabila Ireng menyerahkan lagu itu untuk penyanyi wanita, Rochard merasakan judul Hani tidak sesuai kerana ia nama wanita lantas beliau menukarkan saja kepada Kasih kerana ia lebih umum.

Kasih (keroncong)

Dikeluarkan pada 1 Disember 1986
Penulis Richard Kyoto
Penerbit Ireng Maulana
Format Kaset
Panjang -
Genre Bossanova, Jazz
Syarikat Granada Record